Friday, June 8, 2018

Hubungi Kami



Kami ditubuhkan secara rasmi pada penghujung 2014 selepas beberapa tahun terlibat dengan perkhidmatan pinjaman kenderaan secara separuh masa. Pada awal penubuhan, kami dikenali dengan nama dagang '"DNZ Car Rental - Kereta Sewa Shah Alam" dan menjadi antara pengendali servis pinjaman kenderaan terbaik di Shah Alam dan sekitarnya. Servis kami termasuk pinjaman kenderaan bagi kegunaan sementara dengan kadar bayaran berpatutan mengikut jenis kereta dan tempoh kegunaan, dengan deposit minimum.

Sekitar April 2017, nama dagang asal terpaksa ditukar kepada "PSS Car Rental - Kereta Sewa Shah Alam", bertujuan mengelakkan kekeliruan dan salah faham prospek. Ini terjadi selepas salah seorang rakan kongsi mengambil keputusan untuk berundur secara baik dan menyertai syarikat pesaing. Beliau turut membawa semua harta intelek syarikat bersamanya, termasuk sumber marketing, yang menyebabkan berlaku kemerosotan yang ketara kepada jumlah pelanggan dan hasil syarikat. Syarikat tidak mampu menghalang kejadian ini kerana segala teknikal dan amanah berkaitan aset syarikat adalah dibawah kendalian dan milikan rakan kongsi tersebut. Pasrah dengan kejadian ini, syarikat membuat keputusan untuk meneruskan operasi dengan nama dagang yang baru, dan "PSS 1109 AUTO (SA-0472909-D)" didaftarkan dengan membawa nama dagang "PSS Car Rental - Kereta Sewa Shah Alam". Dengan penjelasan ini, saya mewakili syarikat berharap pelanggan tidak lagi terkeliru dengan status kami.

Kami masih berpusat di Seksyen 2, Shah Alam dan sekitar radius 15 kilometer dari sini. Bagi pelanggan di luar kawasan, perkhidmatan Grabcar atau bas/teksi ada menyediakan servis ke kawasan kami. Sila masukkan destinasi anda "Medan Selera Seksyen 2 Shah Alam". Khidmat penghantaran juga disediakan dengan caj standard pasaran.

Kami boleh dihubungi melalui medium di bawah:

WHATSAPP




GOOGLE WEBSITE:
                                     



No comments:

Post a Comment