Tuesday, November 14, 2017

Perodua Alza - Lube Service dan Tukar Spark Plug






Engine oil dari produk Petro Canada, barisan Supreme.
Alza punya viscosity yang direcommend oleh Perodua ialah 5W30.
Jadi DNZ guna Supreme 5W30 API SN ILSAC GF-5. Kegunaan minimum 10 000km kalau kereta yang tak bermasalah.

Ni minyaknya. RM138/4L. Mahal ke? 10 000km minimum.

Ini spesifikasi produk ni dari web Petro Canada. Klik untuk baca. (PDF)


Ini oil filter yang DNZ guna. 

KLIK LINK NI KALAU NAK BELI ENGINE OIL NI.


KLIK LINK NI KALAU NAK BELI OIL FILTER JFC.

MYVI, ALZA, DAN MODEL YANG GUNA MINYAK 5W30, SESUAI PAKAI ENGINE OIL NI. BIASANYA ENJIN SEMAKIN SMOOTH SELEPAS BEBERAPA KALI PENGGUNAAN.

Plug Bosch 4 biji. 
Biasanya kami di DNZ akan tukar spark plug kereta kami pada setiap 45 000km. Tak berapa mahal sebenarnya. 


KLIK GAMBAR UNTUK DIRECT WHATSAPP




Thursday, November 9, 2017

Perodua Alza Auto - Gear Linkage Bush Replacement



Gear linkage bush. Kecik je bendanya, tapi boleh tersadai tepi jalan kalau kena.


Perodua Alza, model terawal terutamanya memang ada masalah linkage bush reput dan hancur. Myvi pun ada masalah kalau tengok komplen pengguna dalam grup Myvi. Bulan lepas  (Nov 2017), Perodua ada hantar surat untuk check percuma berkaitan transmisi, ni lah masalahnya. 

Kalau buat kat workshop luar, dalam RM30 siap upah dan barang. Kalau takde masa nak appointment. Kerjanya simple je sebenarnya. Buka cover gear console, tanggalkan klip cover tu dan boleh akses tempat yang tercabut tu. Bush ada jual dekat spare part. 

Apa simptomnya kalau bush tu dah pecah?

Senang, kalau free play antara gear tu besar, bush tu dah tak berfungsi dengan baik atau dah pecah, tapi ring yang attach ke gear lever belum tergelincir lagi maka boleh tukar gear lagi.

Kalau tergelincir ring tu macamana?

Automatik bila kita tolak gear lever (tukar gear), gear tak bertukar, tapi lever bergerak naik turun dan panel paparan tak bertindak balas macam takde apa berlaku.

Contoh, dari N, kita tolak ke D4, panel tunjuk gear masih N, walhal lever dah masuk ke D4.

Pening? 

Tengok video di bawah. 


Perhatikan paparan di dashboard. Gear masih tetap di D4 semasa lever ditarik dan ditolak. Tiada feedback.



Ini lokasi ring dan bush linkage tersebut. Perhatikan pergerakan lever gear. Ada satu ring tak sangkut di besi yang terjulur tu.


Pasang bush, kemudian masukkan semula ring tu. Siap. Gear dah dapat tukar ke P.


########################################

CARA BUKA COVER GEAR CONSOLE

Muncung skru driver tu lapik kain kalau tak nak rosakkan plastik cover tu. 

Cover yang ni tak buka pun boleh buat jugak, tapi saya buka, senang je.

Buang dan bersihkan sisa bush yang pecah tu, dan masukkan yang baru. Siap. Lever akan rasa lebih ketat dan freeplay antara gear berkurang.


HUBUNGI DNZ UNTUK TEMPAHAN KERETA SEWA

KLIK UNTUK WHATSAPP DNZ