Thursday, November 9, 2017

Perodua Alza Auto - Gear Linkage Bush Replacement



Gear linkage bush. Kecik je bendanya, tapi boleh tersadai tepi jalan kalau kena.


Perodua Alza, model terawal terutamanya memang ada masalah linkage bush reput dan hancur. Myvi pun ada masalah kalau tengok komplen pengguna dalam grup Myvi. Bulan lepas  (Nov 2017), Perodua ada hantar surat untuk check percuma berkaitan transmisi, ni lah masalahnya. 

Kalau buat kat workshop luar, dalam RM30 siap upah dan barang. Kalau takde masa nak appointment. Kerjanya simple je sebenarnya. Buka cover gear console, tanggalkan klip cover tu dan boleh akses tempat yang tercabut tu. Bush ada jual dekat spare part. 

Apa simptomnya kalau bush tu dah pecah?

Senang, kalau free play antara gear tu besar, bush tu dah tak berfungsi dengan baik atau dah pecah, tapi ring yang attach ke gear lever belum tergelincir lagi maka boleh tukar gear lagi.

Kalau tergelincir ring tu macamana?

Automatik bila kita tolak gear lever (tukar gear), gear tak bertukar, tapi lever bergerak naik turun dan panel paparan tak bertindak balas macam takde apa berlaku.

Contoh, dari N, kita tolak ke D4, panel tunjuk gear masih N, walhal lever dah masuk ke D4.

Pening? 

Tengok video di bawah. 


Perhatikan paparan di dashboard. Gear masih tetap di D4 semasa lever ditarik dan ditolak. Tiada feedback.



Ini lokasi ring dan bush linkage tersebut. Perhatikan pergerakan lever gear. Ada satu ring tak sangkut di besi yang terjulur tu.


Pasang bush, kemudian masukkan semula ring tu. Siap. Gear dah dapat tukar ke P.


########################################

CARA BUKA COVER GEAR CONSOLE

Muncung skru driver tu lapik kain kalau tak nak rosakkan plastik cover tu. 

Cover yang ni tak buka pun boleh buat jugak, tapi saya buka, senang je.

Buang dan bersihkan sisa bush yang pecah tu, dan masukkan yang baru. Siap. Lever akan rasa lebih ketat dan freeplay antara gear berkurang.


HUBUNGI DNZ UNTUK TEMPAHAN KERETA SEWA

KLIK UNTUK WHATSAPP DNZ






No comments:

Post a Comment