Tuesday, February 6, 2018

Perodua Kelisa - Aircond Major Service

Bulan lepas Perodua Kelisa kami ada masalah berkaitan air cond. Tiba-tiba panas katanya customer. Kebetulan customer guna di sekitar Klang Shah Alam. Kami panggil ganti kereta lain untuk hantar Kelisa tu ke bengkel dulu untuk pemeriksaan.

Jadi, dia dapat kereta gantian sementara Perodua Axia Auto. Pakai sampai Kelisa ni siap, takde caj tambahan. Bayar harga Kelisa sahaja.

Bila aircond tiba-tiba tak sejuk, cuma rasa angin saja, ada banyak komponen kena cek dulu.

Senarai semak macam di bawah:

1. Kipas radiator. Bagi kereta yang berkongsi kipas radiator dan condensor, kalau kipas tu slow/tak jalan, kereta akan panas walaupun on aircond. Kalau dibiarkan, kereta boleh overheat dan temperature naik, enjin jem. Cek fan motor dulu. Ketuk motor tu slow-slow, kalau hidup, motor tu dah nak rosak. Boleh ganti. Kalau lepas ketuk pun tak hidup kipas tu, cek fius dulu. Cari fusebox. Murah je fiusnya.

2. Fius Aircond. Benda ni dah blown, aircond tak hidup. Kita tekan suis aircond, compressor tak pusing.

3. Magnetic clutch (plat tepi pulley compressor tu. Kalau dia tak rosak, akan bunyi 'tik' masa compressor enggaged, kipas pusing dan akan ada cut off dari thermostat. Kalau dia terbakar, biasanya aircond akan panas dan angin saja dapat rasa dari blower.
4. Kalau angin pun takde, boleh cek blower motor (yang pusing kipas aircond). Takut motor dah rosak/slow.

5. Gas habis. Mungkin ada kebocoran pada sistem aircond tu. Sistem yang baik, gas takkan berkurang ya. Jadi, kalau kerap sangat kena top up gas aircond tu, baik buat full servis. Cek semua laluan dia dan komponen utama seperti cooling coil, condensor/evaporator, dan valve.

6. Cooling coil tersumbat. Kalau cabin air filter tak pernah ditukar, habuk akan tekumpul di cooling coil dan akan menyebabkan sistem tersumbat. Kadang-kadang akan menghasilkan bau masa mula-mula kita on aircond tu setiap kali masuk kereta.

Dalam kes kami, compressor dah sampai masa. Kena tukar. Dan kami tukar sekali condensor baru. Pastikan pakai barang original kalau nak tahan lama. Kelisa guna komponen dari Denso.

Dan pastikan komponen ini diperiksa/diganti.

1. Minyak compressor dan O ring perlu diganti selepas flushing.
2. Drier filter ganti baru
3. Block valve/Expansion Valve ganti baru (kalau bajet kurang, boleh cek dulu, tapi baik tukar)
4. Cooling coil cek jangan ada bocor. Cuci pakai chemical (chemical kena dilute dengan air, jangan pakai terus nanti rosak cooling coil. High concentration chemical tu.
5. Cuci blower fan. Pastikan bengkel buka dulu kipas blower tu sebelum cuci. Jangan biar blower motor kena air nanti rosak. Lagi bagus, bilah kipas tu cuci pakai berus. Confirm putih balik.
6. Ganti cabin air filter.
7. Cek pressure gas.
8. Paling penting, masa pasang balik dashboard (sesetengah kereta tak payah buka), pastikan takde skru terlebih dan semua klip pasang dengan baik. Kalau tak, akan menyebabkan dashboard bergegar masa kereta jalan/tukar gear.




Condensor baru original Denso.

Compressor dah rosak.


WHATSAPP DNZ UNTUK TEMPAHAN KERETA