Monday, September 12, 2022

Soalan Lazim Berkaitan Kereta Sewa Shah Alam (F.A.Q.)

 

Bagi anda yang baru pertama kali mahu mencuba khidmat kereta sewa pandu sendiri, akan ada seribu satu persoalan yang bermain di fikiran. 

Jadi sebagai inisiatif yang mungkin sedikit sebanyak membantu bakal-bakal pelanggan di PSS 1109 AUTO, kami sediakan segmen berkaitan soalan-soalan lazim yang sering ditanya kepada kami berkaitan servis Kereta Sewa Shah Alam, iaitu servis kereta sewa pandu sendiri dari kategori kereta sewa bajet dan terpilih dari segi harga dan kegunaan.

F.A.Q



Sunday, March 21, 2021

CAWANGAN: KERETA SEWA SUNGAI BULOH - PSS 1109 AUTO

PENGENALAN




Sukacita dimaklumkan bermula Januari 2020, kami PSS 1109 AUTO akan mula beroperasi di cawangan kedua kami iaitu Kereta Sewa Sungai Buloh beralamat di Jalan Impian 10, Taman Impian Indah, 47 000 Sungai Buloh, Selangor.

Cawangan ini khas buat pelanggan kereta sewa pandu sendiri kami dari sekitar Matang Pagar, Kuang, Kampung Melayu Sungai Buloh, Paya Jaras, Kubu Gajah, Kundang, Tasik Biru, Rawang, Damansara Damai, Kota Damansara dan lain-lain yang berdekatan.

Kereta Sewa Shah Alam kami masih beroperasi seperti biasa.

Wednesday, October 24, 2018

Kereta Sewa MPV Alza di Shah Alam

PENGENALAN


Kami di Kereta Sewa Murah Shah Alam, turut menyediakan sewaan kereta MPV untuk kegunaan pelanggan. Kami menawarkan Perodua Alza 1.5, yang didatangkan dalam dua varian, iaitu Premium Auto dan versi S Spec Auto, serendah RM 160 dan ke atas, bergantung kepada bajet pelanggan.

Jika anda perlukan senarai penuh harga kereta sewa di Shah Alam atau Sungai Buloh, anda boleh dapatkan di website utama kami Kereta Sewa Shah Alam - PSS1109AUTO.

Wednesday, July 4, 2018

SENARAI HARGA SEWA KERETA SHAH ALAM (UPDATED 2023)





PERODUA VIVA ELITE 1.0 (AUTO)

RM 100 RM 90 PER DAY

RENTAL EXTEND RATE:
RM8 PER HOUR / RM70 RM 60 HALF DAY

WEEKLY: RM560 RM 530

MONTHLY: RM1500 RM 1350

TEMPAH SEKARANG!



--------------------------------------



PERODUA AXIA ADVANCED 1.0 (AUTO)

RM 120 RM 110 PER DAY

RENTAL EXTEND RATE:
RM10 PER HOUR / RM80 RM 70 HALF DAY

WEEKLY: RM650 RM 630

MONTHLY: RM1700 RM 1550




--------------------------------------



PERODUA MYVI STANDARD 1.3 (AUTO)

RM 130 RM 120 PER DAY

RENTAL EXTEND RATE:
RM10 PER HOUR / RM90 RM 80 HALF DAY

WEEKLY: RM700 RM 650

MONTHLY: RM1800 RM 1650



--------------------------------------

PROTON SAGA FLX 1.3 (AUTO)

RM 130 RM 120 PER DAY

RENTAL EXTEND RATE:
RM10 PER HOUR / RM90 RM 80 HALF DAY

WEEKLY: RM700 RM 650

MONTHLY: RM1800 RM 1650




-------------------------------------



PERODUA ALZA PREMIUM 1.5 (AUTO)

RM 180 RM 160 PER DAY

RENTAL EXTEND RATE: 
RM15 RM 10 PER HOUR / RM100 RM 100 HALF DAY

WEEKLY: RM1000 RM 1000

MONTHLY: RM2000 RM 2000

                                                                                     TEMPAH SEKARANG!
---------------------------------------

PERODUA ALZA S SPEC 1.5 (AUTO)

RM 180 PER DAY

RENTAL EXTEND RATE: 
RM15 PER HOUR / RM100 HALF DAY

WEEKLY: RM1100

MONTHLY: RM2200





Friday, June 8, 2018

Hubungi Kami



Kami ditubuhkan secara rasmi pada penghujung 2014 selepas beberapa tahun terlibat dengan perkhidmatan pinjaman kenderaan secara separuh masa. Pada awal penubuhan, kami dikenali dengan nama dagang '"DNZ Car Rental - Kereta Sewa Shah Alam" dan menjadi antara pengendali servis pinjaman kenderaan terbaik di Shah Alam dan sekitarnya. Servis kami termasuk pinjaman kenderaan bagi kegunaan sementara dengan kadar bayaran berpatutan mengikut jenis kereta dan tempoh kegunaan, dengan deposit minimum.

Sekitar April 2017, nama dagang asal terpaksa ditukar kepada "PSS Car Rental - Kereta Sewa Shah Alam", bertujuan mengelakkan kekeliruan dan salah faham prospek. Ini terjadi selepas salah seorang rakan kongsi mengambil keputusan untuk berundur secara baik dan menyertai syarikat pesaing. Beliau turut membawa semua harta intelek syarikat bersamanya, termasuk sumber marketing, yang menyebabkan berlaku kemerosotan yang ketara kepada jumlah pelanggan dan hasil syarikat. Syarikat tidak mampu menghalang kejadian ini kerana segala teknikal dan amanah berkaitan aset syarikat adalah dibawah kendalian dan milikan rakan kongsi tersebut. Pasrah dengan kejadian ini, syarikat membuat keputusan untuk meneruskan operasi dengan nama dagang yang baru, dan "PSS 1109 AUTO (SA-0472909-D)" didaftarkan dengan membawa nama dagang "PSS Car Rental - Kereta Sewa Shah Alam". Dengan penjelasan ini, saya mewakili syarikat berharap pelanggan tidak lagi terkeliru dengan status kami.

Kami masih berpusat di Seksyen 2, Shah Alam dan sekitar radius 15 kilometer dari sini. Bagi pelanggan di luar kawasan, perkhidmatan Grabcar atau bas/teksi ada menyediakan servis ke kawasan kami. Sila masukkan destinasi anda "Medan Selera Seksyen 2 Shah Alam". Khidmat penghantaran juga disediakan dengan caj standard pasaran.

Kami boleh dihubungi melalui medium di bawah:

WHATSAPP




GOOGLE WEBSITE:
                                     



Tuesday, February 6, 2018

Perodua Kelisa - Aircond Major Service

Bulan lepas Perodua Kelisa kami ada masalah berkaitan air cond. Tiba-tiba panas katanya customer. Kebetulan customer guna di sekitar Klang Shah Alam. Kami panggil ganti kereta lain untuk hantar Kelisa tu ke bengkel dulu untuk pemeriksaan.

Jadi, dia dapat kereta gantian sementara Perodua Axia Auto. Pakai sampai Kelisa ni siap, takde caj tambahan. Bayar harga Kelisa sahaja.

Bila aircond tiba-tiba tak sejuk, cuma rasa angin saja, ada banyak komponen kena cek dulu.

Senarai semak macam di bawah:

1. Kipas radiator. Bagi kereta yang berkongsi kipas radiator dan condensor, kalau kipas tu slow/tak jalan, kereta akan panas walaupun on aircond. Kalau dibiarkan, kereta boleh overheat dan temperature naik, enjin jem. Cek fan motor dulu. Ketuk motor tu slow-slow, kalau hidup, motor tu dah nak rosak. Boleh ganti. Kalau lepas ketuk pun tak hidup kipas tu, cek fius dulu. Cari fusebox. Murah je fiusnya.

2. Fius Aircond. Benda ni dah blown, aircond tak hidup. Kita tekan suis aircond, compressor tak pusing.

3. Magnetic clutch (plat tepi pulley compressor tu. Kalau dia tak rosak, akan bunyi 'tik' masa compressor enggaged, kipas pusing dan akan ada cut off dari thermostat. Kalau dia terbakar, biasanya aircond akan panas dan angin saja dapat rasa dari blower.
4. Kalau angin pun takde, boleh cek blower motor (yang pusing kipas aircond). Takut motor dah rosak/slow.

5. Gas habis. Mungkin ada kebocoran pada sistem aircond tu. Sistem yang baik, gas takkan berkurang ya. Jadi, kalau kerap sangat kena top up gas aircond tu, baik buat full servis. Cek semua laluan dia dan komponen utama seperti cooling coil, condensor/evaporator, dan valve.

6. Cooling coil tersumbat. Kalau cabin air filter tak pernah ditukar, habuk akan tekumpul di cooling coil dan akan menyebabkan sistem tersumbat. Kadang-kadang akan menghasilkan bau masa mula-mula kita on aircond tu setiap kali masuk kereta.

Dalam kes kami, compressor dah sampai masa. Kena tukar. Dan kami tukar sekali condensor baru. Pastikan pakai barang original kalau nak tahan lama. Kelisa guna komponen dari Denso.

Dan pastikan komponen ini diperiksa/diganti.

1. Minyak compressor dan O ring perlu diganti selepas flushing.
2. Drier filter ganti baru
3. Block valve/Expansion Valve ganti baru (kalau bajet kurang, boleh cek dulu, tapi baik tukar)
4. Cooling coil cek jangan ada bocor. Cuci pakai chemical (chemical kena dilute dengan air, jangan pakai terus nanti rosak cooling coil. High concentration chemical tu.
5. Cuci blower fan. Pastikan bengkel buka dulu kipas blower tu sebelum cuci. Jangan biar blower motor kena air nanti rosak. Lagi bagus, bilah kipas tu cuci pakai berus. Confirm putih balik.
6. Ganti cabin air filter.
7. Cek pressure gas.
8. Paling penting, masa pasang balik dashboard (sesetengah kereta tak payah buka), pastikan takde skru terlebih dan semua klip pasang dengan baik. Kalau tak, akan menyebabkan dashboard bergegar masa kereta jalan/tukar gear.




Condensor baru original Denso.

Compressor dah rosak.


WHATSAPP DNZ UNTUK TEMPAHAN KERETA








Tuesday, November 14, 2017

Perodua Alza - Lube Service dan Tukar Spark Plug






Engine oil dari produk Petro Canada, barisan Supreme.
Alza punya viscosity yang direcommend oleh Perodua ialah 5W30.
Jadi DNZ guna Supreme 5W30 API SN ILSAC GF-5. Kegunaan minimum 10 000km kalau kereta yang tak bermasalah.

Ni minyaknya. RM138/4L. Mahal ke? 10 000km minimum.

Ini spesifikasi produk ni dari web Petro Canada. Klik untuk baca. (PDF)


Ini oil filter yang DNZ guna. 

KLIK LINK NI KALAU NAK BELI ENGINE OIL NI.


KLIK LINK NI KALAU NAK BELI OIL FILTER JFC.

MYVI, ALZA, DAN MODEL YANG GUNA MINYAK 5W30, SESUAI PAKAI ENGINE OIL NI. BIASANYA ENJIN SEMAKIN SMOOTH SELEPAS BEBERAPA KALI PENGGUNAAN.

Plug Bosch 4 biji. 
Biasanya kami di DNZ akan tukar spark plug kereta kami pada setiap 45 000km. Tak berapa mahal sebenarnya. 


KLIK GAMBAR UNTUK DIRECT WHATSAPP




Thursday, November 9, 2017

Perodua Alza Auto - Gear Linkage Bush Replacement



Gear linkage bush. Kecik je bendanya, tapi boleh tersadai tepi jalan kalau kena.


Perodua Alza, model terawal terutamanya memang ada masalah linkage bush reput dan hancur. Myvi pun ada masalah kalau tengok komplen pengguna dalam grup Myvi. Bulan lepas  (Nov 2017), Perodua ada hantar surat untuk check percuma berkaitan transmisi, ni lah masalahnya. 

Kalau buat kat workshop luar, dalam RM30 siap upah dan barang. Kalau takde masa nak appointment. Kerjanya simple je sebenarnya. Buka cover gear console, tanggalkan klip cover tu dan boleh akses tempat yang tercabut tu. Bush ada jual dekat spare part. 

Apa simptomnya kalau bush tu dah pecah?

Senang, kalau free play antara gear tu besar, bush tu dah tak berfungsi dengan baik atau dah pecah, tapi ring yang attach ke gear lever belum tergelincir lagi maka boleh tukar gear lagi.

Kalau tergelincir ring tu macamana?

Automatik bila kita tolak gear lever (tukar gear), gear tak bertukar, tapi lever bergerak naik turun dan panel paparan tak bertindak balas macam takde apa berlaku.

Contoh, dari N, kita tolak ke D4, panel tunjuk gear masih N, walhal lever dah masuk ke D4.

Pening? 

Tengok video di bawah. 


Perhatikan paparan di dashboard. Gear masih tetap di D4 semasa lever ditarik dan ditolak. Tiada feedback.



Ini lokasi ring dan bush linkage tersebut. Perhatikan pergerakan lever gear. Ada satu ring tak sangkut di besi yang terjulur tu.


Pasang bush, kemudian masukkan semula ring tu. Siap. Gear dah dapat tukar ke P.


########################################

CARA BUKA COVER GEAR CONSOLE

Muncung skru driver tu lapik kain kalau tak nak rosakkan plastik cover tu. 

Cover yang ni tak buka pun boleh buat jugak, tapi saya buka, senang je.

Buang dan bersihkan sisa bush yang pecah tu, dan masukkan yang baru. Siap. Lever akan rasa lebih ketat dan freeplay antara gear berkurang.


HUBUNGI DNZ UNTUK TEMPAHAN KERETA SEWA

KLIK UNTUK WHATSAPP DNZ